m

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Etiam posuere varius
magna, ut accumsan quam pretium
vel. Duis ornare

Latest News
Follow Us
GO UP

9H7M Beijing + Suzhou + Shanghai

separator
Price RM4750 9 Days 7 Nights
Scroll down

9H7M Beijing + Suzhou + Shanghai

RM4750 per person
HOTEL PENGINAPAN                                                                        3*HOTEL

BANDAR

HOTEL/SETARAF BIL MALAM

Beijing

Bright Culture Hotel 3 Mlm
Suzhou Suzhou Graze Hotel

1 Mlm

Shanghai Shanghai Holiday Inn Express Hotel

3 Mlm

 

Penerbangan

Hari

Pesawat Sektor ETD

ETA

1

MH318 KUL – PKX 2340 0600+1
9 MH389 PKX – KUL 1525

2100

PERBEZAAN WAKTU
GM+8

Chinese Yuan CNY1 = Ringgit Malaysia MYR 0.65

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 7 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Booking Price Details

1st – 4th Pax
Promo
5th – 6th Pax
Promo
Adult Twin/Triple RM 4,750 RM 4,850
Single RM 5,700 RM 5,800
Child Twin RM 4,750 RM 4,850
Child No Bed RM 4,275 RM 4,365
Child With Bed RM 4,750 RM 4,850
Infant RM 450 RM 450
  • Departure
    Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM.
  • Departure Time
    Approximately 8:30 PM.
  • Included
    Accommondation
    Meals
    Personal Guide
    Transportation/Car
  • Not Included
    All Museum Tickets
    Typical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Beijing
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaik penerbangan ke Beijing
2
Day 2: Beijing
Lawatan di Beijing
  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi prodemokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument tothe People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
  • Menyaksikan persembahan penuh dengan ilusi mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
Bermalam di Beijing
3
Day 3: Beijing
Lawatan di Beijing
  • Melawat ke Negative Ion Experience Center, di mana pelbagai barangan kesihatan boleh didapati di sini.
  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah pusat perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun temurun.
  • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabundan kini telah diubah suai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
Bermalam di Beijing
4
Day 4: Beijing
  • Membeli belah di Jewelry City yang sangat popular dengan barang kemas yang diperbuat dari jade dan mutiara yang berkualiti tinggi.
  • Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Seni bina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Seni bina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
  • Melawat The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LEDini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
5
Day 5: Beijing - Suzhou
  • Merasai pengalaman menaiki Bullet train dari bandar Beijing menuju ke Suzhou. Jika menaiki keretapi biasa perjalanan mengambil masa sehingga 17 jam berbanding Bullet Train hanya 4-6 jam sahaja.
  • Couple Retreat Garden: Sebuah halaman yang dipenuhi dengan pelbagai landskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
  • Jinji Lake: Sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat di sini seperti Li’s Causeway, di mana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah.
  • Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sands di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China.
  • Bersiar-siar di Yuanrong Times Square yangterletak di Suzhou. LED skrin sepanjang 500 meter di atas laluan pejalan kaki menjadikan tempat ini daya tarikan ramai pelancong selain menyediakan kompleks perniagaan serta dataran yang menjadi mercu tanda di Suzhou.
6
Day 6: Suzhou - Shanghai
  • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakann masjid utama disini yang telah dibina pada tahun 1928.
  • 7-mile Shantang Ancient Street: Sebuah perkampungan yang wujud dari dinasti Tang,ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan dan di sambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antaras ejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan seni bina kuno dan jambatan dapat dilihat sini.
  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan di sini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
  • Melawat Zhujiajiao Ancient Town, sebuah bandar berusia 1700 tahun yang terkenal sebagai ‘Veniceof Shanghai’. Bandar ini adalah di antara empat bandar purba yang teratas di Shanghai. Bahagian utara dan selatan tempat ini dihubungkan oleh Fangshengqiao Bridge. Jambatan ini telah dibina pada tahun 1571 dan mendapat gelaran jambatan no.1 di Shanghai kerana ianya adalah jambatan lima lubang terpanjang, terbesar dan tertinggi.
7
Day 7: Shanghai
  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu,menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.
  • Bersiar-siar di Circular Air Coridor, sebuah jejantas yang menghubungkan ke beberapa tempat untuk membeli-belah di sekitar Xujiahui.
  • Berhenti solat di Pudong Mosque, masjid yang mula dibina pada tahun 1935 ini dan telah diubah suai pada tahun 1984 dan 1995. Masjid ini boleh memuatkan 500 jemaah pada satu masa. Masjid ini mempunyai tiga tingkat, satu menara setinggi 40 meter dan tiga kubah kecil.
  • Melawat bandar Shikumen New World, iaitu bangunan gaya seni bina Shanghai tradisional yang menggabungkan unsur-unsur budaya cina dan barat. Senibina ini mula muncul pada 1860-an.
  • Membeli-belah di Nanjing Pedestarian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.
8
Day 8: Shanghai
  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjangdi dunia. Melihat dan mengenali budaya Cina yang dikumpulkan di Treasure Hall of Intangible Cultural Heritage.
  • 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.
  • Melawat Moganshan Road M50 Creative Park, tempat ini dikenali sebagai daerah seni kerang mempunyai lebih 140 studio, galeri dan pelbagai kebudayaan dan kreatifdari 20 negara dan wilayah. Dilabelkan sebagai mercu tanda fesyen Shanghai dan menjadi tempat yang disyorkan jika mengunjungi ke Shanghai.
9
Day 9: Shanghai - Kuala Lumpu
  • Melawat Expo China Pavilion (China Art Palace) yang dibina pada tahun 2010. Muzium seni ini merupakan muzium seni terbesar di Asia. Muzium yangberkeluasan 64,000 meter persegi ini mempunyai sebanyak 27 dewan pameran dan memaparkan lebih daripada 1,400 karya seni.
Bertolak ke Kuala Lumpur

Tour Location

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money