6H4M Korea Special Autumn
RM3690 per person
Seoul
Seoul merupakan ibu kota Korea Selatan dan salah satu bandaraya yang paling sibuk di dunia. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Seoul:
- Istana Gyeongbokgung: Istana ini merupakan salah satu daripada lima istana utama di Seoul dan mempunyai seni bina yang indah.
- Namsan Seoul Tower: Menawarkan pemandangan indah bandaraya Seoul dari atas bukit.
- Myeongdong: Kawasan beli-belah yang terkenal dengan jalan-jalan yang meriah dan pelbagai kedai butik.
- Han River: Anda boleh berjalan-jalan di sepanjang Sungai Han dan menikmati pemandangan bandaraya.
Incheon
Incheon merupakan bandar pelabuhan utama di Korea Selatan dan juga lokasi lapangan terbang antarabangsa Incheon. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Incheon:
- Pulau Ganghwa: Pulau yang kaya dengan sejarah dan mempunyai kuil-kuil bersejarah.
- Wolmido: Pulau kecil dengan taman hiburan, pantai, dan pemandangan laut yang cantik.
- Chinatown Incheon: Kawasan dengan seni bina gaya Cina dan restoran Cina yang enak.
Chuncheon
Chuncheon merupakan ibu negeri Gangwon-do dan terletak di bahagian utara Korea Selatan. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Chuncheon:
- Nami Island (Pulau Nami): Pulau yang terkenal dengan pemandangan indah, terutama semasa musim gugur.
- Gangchon Rail Bike: Aktiviti menarik di mana anda boleh menaiki basikal di atas landasan keretapi.
- Soyanggang Dam: Empangan yang mempunyai pemandangan indah dan aktiviti air.
HOTEL PENGINAPAN 3*HOTEL | ||
BANDAR |
HOTEL/SETARAF | BIL. MALAM |
Incheon |
Rivera Incheon Hotel | 1 Mlm |
Seoul | Golden City Hotel |
3 Mlm |
Penerbangan
Hari |
Pesawat | Sektor | ETD |
ETA |
1 |
MH66 | KUL – ICN | 2330 | 0710 |
6 | MH67 | ICN – KUL | 1100 |
1635 |
PERBEZAAN WAKTU
GMT+9
South Korea Won KRW1000 = Ringgit Malaysia MYR 3.60
HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
- Pengangkutan feri ke Nami Island.
- Pengangkutan golf cart di Haneul Park.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos visa & urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
- Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Booking Price Details
1st Pax Promo | 2nd-5th Pax Promo | 6th-8th Pax Promo | |
Adult Twin/Triple | RM3,690 | RM3,790 | RM3,890 |
Single | RM4,590 | RM4,690 | RM4,790 |
Child Twin | RM3,690 | RM3,790 | RM3,890 |
Child No Bed | RM3,411 | RM3,411 | RM3,501 |
Child With Bed | RM3,506 | RM3,601 | RM3,696 |
Infant | RM450 | RM450 | RM450 |
6 Days 4 Nights
-
Departure
Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM. -
Departure Time
Approximately 8:30 PM. -
Included
AccommondationMealsPersonal GuideTransportation/Car -
Not Included
All Museum TicketsTypical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Incheon
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
2
Day 2: Incheon - Chuncheon
Lawatan di Chuncheon
- Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
- Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah dibina padaJulai 2008. Konsep Petite France ialah 'The Little Prince', nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarikbersama keluarga & rakan-rakan.
- Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kak imerentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m.
3
Day 3: Seoul
Lawatan di Seoul
- Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
- Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
- National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
- Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
- Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop.
- Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
- Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat disepanjang sungai ini.
4
Day 4: Seoul
Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar dikota Seoul.
5
Day 5: Seoul - Incheon
Lawatan di Seoul
- Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
- Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam,yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan Gangnam Dols kumpulanK-Pop di K-Star Road.
- Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
- Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
- Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakanl okasi terbaik untuk bergambar bagifoto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360°kotaraya Seoul.
- Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan Kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
- Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
6
Day 6: Incheon - Kuala Lumpur
- Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1).