m

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Etiam posuere varius
magna, ut accumsan quam pretium
vel. Duis ornare

Latest News
Follow Us
GO UP

6H4M Beijing + Universal Studios

separator
Price RM3550 6 Days 4 Nights
Scroll down

6H4M Beijing + Universal Studios

RM3550 per person

3*Hotel

Beijing Bright Culture Hotel 4 Mlm

Hari

Pesawat Sektor ETD

ETA

1

MH318 KUL – PKX 2340 0600+1
5 MH319 PKX – KUL 1000

1630

PERBEZAAN WAKTU
GM+8

Chinese Yuan CNY1 = Ringgit Malaysia MYR 0.65

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Booking Price Details

1st – 4th Pax
Promo
5th – 6th Pax
Promo
Adult Twin/Triple RM 3,650 RM 3,750
Single RM 4,250 RM 4, 350
Child Twin RM 3,650 RM 3,750
Child No Bed RM 3,285 RM 3,375
Child With Bed RM 3,650 RM 3,750
Infant RM 450 RM 450
  • Departure
    Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM.
  • Departure Time
    Approximately 8:30 PM.
  • Included
    Accommondation
    Meals
    Personal Guide
    Transportation/Car
  • Not Included
    All Museum Tickets
    Typical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Beijing
Berkumpul di KLIA Terminal 1 dan menaiki penerbangan ke Beijing.
2
Day 2: Beijing
Lawatan di Beijing
  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan seni bina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of  Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
  • Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
Bermalam di Beijing
3
Day 3: Beijing
  • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara Chinase hingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina ole hDinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.
  • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Inikerana reka bentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubah suai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
Bermalam di Beijing
4
Day 4: Beijing
  • Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter - Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.
Bermalam di Bejing
5
Day 5: Beijing
  • Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market, kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati di sini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam tangan, tas tangan, dan lain-lain lagi.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Seni bina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond danlain-lain.
  • Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
Bermalam di Beijing
6
Day 6: Beijing - Kuala Lumpur
Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

Tour Location

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money