5H4M Dalat + Ho Chi Minh
RM1690 per person
Dalat terkenal dengan keindahan tasik, gunung, hutan pine, air terjun, dan taman bunga. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di Dalat:
- Datanla Alpine Coaster: Anda boleh naik alpine coaster dan melihat Datanla Waterfall.
- Fairytale Land & Vinh Tien Wine Cellar: Di sini, anda akan merasa seperti Cinderella.
Ho Chi Minh City (dahulunya dikenali sebagai Saigon) merupakan bandaraya yang sibuk dan penuh dengan sejarah. Berikut adalah beberapa aktiviti menarik di Ho Chi Minh:
- Ben Thanh Market: Tempat beli-belah yang terkenal di bandar ini. Anda boleh membeli magnet peti sejuk dan kopi di sini.
- Saigon SkyDeck: Anda boleh melihat pemandangan malam dari atas menara ini.
- Saigon Central Mosque: Solat Maghrib dan Isha’ di masjid ini.
HOTEL PENGINAPAN 3*HOTEL | ||
BANDAR |
HOTEL/SETARAF | BIL. MALAM |
Dalat |
Queen Villa | 2 Mlm |
Ho Chi Minh | Aluna Hotel |
2 Mlm |
Penerbangan
Hari |
Pesawat | Sektor | ETD |
ETA |
1 |
MH750 | KUL – SGN | 0855 | 0600 |
5 | MH759 | SGN – KUL | 1640 |
1940 |
PERBEZAAN WAKTU
GM+7
Vietnam Dong VND100,000 = Ringgit Malaysia MYR 20.00
HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan kereta jeep di padang pasir & Gunung Langbiang.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Booking Price Details
|
1st – 3rd Pax |
Adult Twin/Triple |
RM2,190 |
Single |
RM2,690 |
Child Twin |
RM2,190 |
Child No Bed |
RM1,971 |
Child With Bed |
RM2,081 |
Infant |
RM600 |
5 Days 4 Nights
-
Departure
Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM. -
Departure Time
Approximately 8:30 PM. -
Included
AccommondationMealsPersonal GuideTransportation/Car -
Not Included
All Museum TicketsTypical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Ho Chi Minh - Dalat
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat.
Tiba di Dalat
- Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.
2
Day 2: Dalat
Lawatan di Dalat
- Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunaan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi danlain-lain.
- Mount Langbiang: Puncak gunung ini dihiasi dengan tanaman bunga dan kawasan indah untuk bergambar. Peserta akan menaiki kenderaan jeep untuk sampai ke puncak gunung.
- Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.
- Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur 79 tahun. Rumah gergasi ini menggabungkan konsep rumah dengan struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan gua.
- Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000-meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.
3
Day 3: Dalat - Muine - Ho Chi Minh
Lawatan di Muine
- Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir inimemiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.
- Singgah berhenti di Fisherman Village untuk berehat. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.
- Bersolat di Masjid Nourul Ehsaan. Masjid ini juga merupakan tempat persinggahan sementara untuk orang tempatan mempelajari ilmu agama Islam.
4
Day 4: Ho Chi Minh - Mekong Delta - Ho Chi Minh
Melawat ke Mekong Delta. Sungai Mekong adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Medium pengangkutan di pulau kebanyakkannya menggunakan bot dan sampan.
Lawatan di Mekong Delta:
- Peserta akan menaiki bot besar dari pelabuhan menuju ke tempat proses gula-gula kelapa. Selain itu,disini juga terdapat kedai yang menjual barangan yang diperbuat dari kulit.
- Menikmati teh madu asli dan menikmati produk lain berasaskan madu.
- Berehat sambil merasai buah-buahan segar sambil menonton tarian kebudayaan.
- Membeli belah di kilang pembuatan tudung dan baju kurung. Kilang ini bukan sahaja menjual pakaian siap, malah peserta juga boleh menempah baju mengikut saiz dan kualiti yang tersendiri.
- Masa bebas untuk membeli belah di Ben Thanh Market yang terkenal di Ho Chi Minh. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan, serbuk kopi segar dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
5
Day 5: Ho Chi Minh - Kuala Lumpur
- Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal.