m

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Etiam posuere varius
magna, ut accumsan quam pretium
vel. Duis ornare

Latest News
Follow Us
GO UP

6H4M Korea + Everland Theme Park

separator
Price RM4090 6 Days 4 Nights
Scroll down

6H4M Korea + Everland Theme Park

RM4090 per person

Seoul

Seoul merupakan ibu kota Korea Selatan dan salah satu bandaraya yang paling sibuk di dunia. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Seoul:

  1. Istana Gyeongbokgung: Istana ini merupakan salah satu daripada lima istana utama di Seoul dan mempunyai seni bina yang indah.
  2. Namsan Seoul Tower: Menawarkan pemandangan indah bandaraya Seoul dari atas bukit.
  3. Myeongdong: Kawasan beli-belah yang terkenal dengan jalan-jalan yang meriah dan pelbagai kedai butik.
  4. Han River: Anda boleh berjalan-jalan di sepanjang Sungai Han dan menikmati pemandangan bandaraya.

Incheon

Incheon merupakan bandar pelabuhan utama di Korea Selatan dan juga lokasi lapangan terbang antarabangsa Incheon. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Incheon:

  1. Pulau Ganghwa: Pulau yang kaya dengan sejarah dan mempunyai kuil-kuil bersejarah.
  2. Wolmido: Pulau kecil dengan taman hiburan, pantai, dan pemandangan laut yang cantik.
  3. Chinatown Incheon: Kawasan dengan seni bina gaya Cina dan restoran Cina yang enak.

 

HOTEL PENGINAPAN                                                                         3*HOTEL

BANDAR

HOTEL/SETARAF BIL. MALAM

Incheon

Rivera Arium Hotel 1 Mlm
Seoul Golden City Hotel

3 Mlm

 

Penerbangan (Air Asia X)

Hari

Pesawat Sektor ETD

ETA

1

D7 504 KUL – ICN 2220 0610+1
6 D7 505 ICN – KUL 0725

1225

PERBEZAAN WAKTU
GMT+9

South Korea Won KRW1000 = Ringgit Malaysia MYR 3.60

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
  • Pengangkutan feri ke Nami Island.
  • Pengangkutan golf cart di Haneul Park.
  • Kos pemprosesan visa (untuk warganegara Malaysia sahaja)
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
  • Departure
    Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM.
  • Departure Time
    Approximately 8:30 PM.
  • Included
    Accommondation
    Meals
    Personal Guide
    Transportation/Car
  • Not Included
    All Museum Tickets
    Typical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Incheon
Berkumpul di KLIA Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
2
Day 2: Seoul
Lawatan di Chuncheon
  • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
  • Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kak imerentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m.
  • Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan gunung, tasik, sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain.
  • Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
Bermalam di Seoul
3
Day 3: Seoul - Everland
  • Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Everland Theme Park yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik dan menjadi lokasi tumpuan rakyat tempatan berhibur. Antara tarikan di situ ialah roller coaster, show parade, istana kanak-kanak, taman bunga dan lain-lain.
  • Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandariaitu Dongdaemun Design Plaza yang terkena ldengan reka bentuknya yang unik.
Bermalam di Seoul
4
Day 4: Seoul
Lawatan di Seoul
  • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
  • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
  • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan Kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
  • Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
  • Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop.
  • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
  • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat disepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul
5
Day 5: Seoul - Incheon
Lawatan di Seoul
  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam,yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan Gangnam Dols kumpulanK-Pop di K-Star Road.
  • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
  • Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakanl okasi terbaik untuk bergambar bagifoto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360°kotaraya Seoul.
  • Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir dikawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti.
Bermalam di Incheon
6
Day 6: Seoul - Incheon - Kuala Lumpur
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 2).

Tour Location

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money