m

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Etiam posuere varius
magna, ut accumsan quam pretium
vel. Duis ornare

Latest News
Follow Us
GO UP

8H6M Beijing + Inner Mongolia

separator
Price RM4150 8 Days 6 Nights
Scroll down

8H6M Beijing + Inner Mongolia

RM4150 per person
HOTEL PENGINAPAN                                                                        3*HOTEL

BANDAR

HOTEL/SETARAF BIL MALAM

Beijing

Hotel Guomen 4 Mlm
Xilamuren Local Modern Yurt

1 Mlm

Hothot Local Hotel

1 Mlm

 

Penerbangan

Hari

Pesawat Sektor ETD

ETA

1

MH318 KUL – PKX 2340 0600+1
8 MH319 PKX – KUL 1000

1630

PERBEZAAN WAKTU
GM+8

Chinese Yuan CNY1 = Ringgit Malaysia MYR 0.65

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Booking Price Details

1st – 4th Pax
Promo
5th – 6th Pax
Promo
Adult Twin/Triple RM 4,250 RM 4,350
Single RM 4,950 RM 5,050
Child Twin RM 4,250 RM 4,350
Child No Bed RM 3,825 RM 3,915
Child With Bed RM 4,250 RM 4,350
Infant RM 450 RM 450
8 Days 6 Nights
15+ Age
  • Departure
    Please arrive by 9:15 AM for a prompt departure at 9:30 AM.
  • Departure Time
    Approximately 8:30 PM.
  • Included
    Accommondation
    Meals
    Personal Guide
    Transportation/Car
  • Not Included
    All Museum Tickets
    Typical Souvenir
1
Day 1: Kuala Lumpur - Beijing
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing
2
Day 2: Beijing
Lawatan di Beijing
  • Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
  • Bersiar-siar di sekitar Olympic Village dan berfoto dengan pelbagai jenis mural dan monumen yang berkaitan Olimpik yang di hasilkan ketika kejohanan berlangsung.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabundan kini telah diubah suai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
3
Day 3: Beijing
  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
  • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Seni bina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, di mana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
  • Melawat Chinese Herb Center, pusat perubatan traditional cina yang menggunakan herba yang berkualiti yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan China.
  • Menyaksikan persembahan penuh ilusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang
4
Day 4: Beijing
  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan dan sungai Guangou.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah pusat perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun temurun.
  • Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
5
Day 5: Beijing - Hothot - Baotou
  • Merasai pengalaman menaiki Bullet Train menuju ke Hohhot.
  • Xilamuren Grassland: Merupakan padang rumput hijau yang seluas 71 ribu hektar. Merupakan salah satu tempat semula jadi yang terbaik di dunia. Pengunjung dapat menikmati pemandangan rumput hijau sejauh mata memandang, bunga liar pelbagai warna menghiasi padang rumput dan binatang ternakan seperti kuda, lembu dan biri-biri. Berbagai persembahan dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung seperti gusti, tarian, persembahan muzik, menunggang kuda dan bermalam di Yurt moden.
6
Day 6: Baotou - Ordos - Hothot
  • Kubuqi Desert: Keluasan yang merangkumi 18,600 kilometer persegi di Inner Mongolia. Lanskap unik bukit yang berpasir ini menjadi daya tarikan para pengunjung. Tempat ini menawarkan aktiviti seperti mendaki padang pasir, luncur pasir, menunggang unta kereta kabel dengan sedikit bayaran tambahan. Tempat ini menawarkan pengalaman yang unik dan tidak akan dilupakan bagi para pengunjung yang ingin menjelajahi keindahan alam gurun.
Bermalam di Hothot
7
Day 7: Hothot - Beijing
  • Melawat dan menziarahi Grand Mosque, masjid yang terawal dan terbesar yang dibina di Hohhot. Masjid yang berkeluasan 4000 meter persegi ini dibina pada tahun 1963 dan beberapa kali telah diubah suai. Seni bina yang bertemakan Cina dan Arab ini bertambah unik apabila digabungkan dengan batu bata yang berwarna hitam.
  • Membeli pelbagai makanan di Muslim Food Street yang terletak di muslim bazar. Pelbagai jenis makanan yang halal dijual sepanjang jalan bazar ini.
  • Inner Mongolia Museum: Dibina pada tahun 1957 dan terletak di tengah-tengah bandar Hohhot. Muzium ini menyediakan bahan pameran lebih dari 150,000 keping bahan-bahan sejarah. Termasuk fosil dari zaman Dinasour sehingga zaman permulaan tamadun Mongolia.
Bermalam di Beijing
8
Day 7: Beijing - Kuala Lumpur
Menaiki penerbangan pagi ke Kuala Lumpur

Tour Location

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money